+6019-362 7935 [email protected]

Program sanitasi awam atau nyahcemar terus dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negeri ini. Beberapa kawasan tumpuan termasuk destinasi pelancongan di pusat bandar raya ini menjalani operasi nyah cemar hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata antara lokasi program itu ialah

  • Tuo Pek Khong yang kerap dikunjungi pelancong di bandar raya ini.
  • Carpenter Street dan Ewe Hai Street.
  • Sekitar Kuching di Taman Hui Sing, Pasar Sungai Apong dan sanitasi bas di Dormani.

“Di Miri pula, program sanitasi dijalankan terhadap bas dari Lapangan Terbang Miri khususnya yang membawa penumpang yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Beliau berkata, bas milik Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri turut menjalani proses nyah cemar.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita