Pasar Serian adalah tempat yang ideal jika anda mencari buah-buahan, bahkan buah yang paling eksotik ada di sini. Sekiranya anda sukakan perkara mencabar, anda juga boleh cuba paku pakis yang boleh dimakan dan ulat sagu yang dijual di sini.
Pasar Serian juga dibanggakan kerana duriannya, ia dikatakan sebagai yang terbaik di Sarawak – satu jenis durian yang anda mesti cuba ialah Durio Kutejensis, yang sangat disyorkan walaupun anda bukan peminat durian kerana ia tidak mempunyai atau bau seperti durian biasa!
Siapa tahu dengan mencubanya, cinta anda terhadap durian mungkin berputik!
Sumber: Gaya Travel