Hasil tangkapan nelayan agak sukar dijual di Sarawak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, ia diatasi apabila kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM600,000. Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA), Jam Hajimi, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan itu menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
LKIM akan menyalurkan bantuan itu melalui PENESA yang akan diagihkan kepada 18 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Sarawak.
“Peruntukan digunakan PNK untuk membeli hasil tangkapan nelayan dan dijual kepada pengguna baik secara penghantaran bayar selepas terima (COD), kutipan sendiri, ‘Fish On Wheel’ (FOW) atau di pasar nelayan,”