+6019-362 7935 [email protected]

Pakaian tradisional Bidayuh untuk wanita terdiri daripada blaus lengan pendek atau tanpa lengan, ‘jomuh’ (skirt), dan aksesori yang sepadan seperti ‘selapai’, ‘pangiah’ (kalung manik), ‘porik’ (tembaga / tali pinggang logam) dan ‘sipiah’ (headgear).

“Pangiah” (kalung manik) diperbuat daripada manik seramik berkualiti tinggi dan pendants yang dipakai di lehernya. Pendants-nya sama ada dari gigi binatang liar atau gigi tiruan yang menambah sentuhan moden kepada kalung.

“Pangiah” adalah kalungan manik berwarna-warni yang dijahit / diikat bersama dengan tali nilon atau dawai kecil. Ini adalah aksesori yang ideal untuk wanita Bidayuh yang boleh dipakai semasa majlis rasmi, makan malam kebudayaan dan juga untuk kegunaan seharian.

“Pangiah” adalah salah satu identiti Bidayuh dan mesti ada untuk wanita Bidayuh. Perempuan Bidayuh cun! Setuju tak?

 

Sumber: Sabah Sarawak Costumes

 

 

Sarawak Kita