“Selain deklarasi kesihatan mandatori, individu yang diberi kebenaran memasuki Sarawak akan menerima gelang Kod QR (yang wajib mereka pakai) berdasarkan kategori iaitu individu yang sedang disiasat (PUI) dan 14 hari Notis Duduk Di Rumah (SHN).
Data yang dikumpul akan membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membuat keputusan bermaklumat serta melakukan pemeriksaan rawak terhadap pemakai.
Lokasi pemakai juga akan membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk menubuhkan hotspot, strategi utama untuk mengasingkan penularan penyakit ini,” – Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA)
Untuk pengetahuan anda, pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) pada Khamis lalu mengumumkan pelancaran sistem penyelesaian pengawasan digital untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini, yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa kerana berjaya dibangunkan dalam tempoh tiga hari.
Sumber: Astro Awani