“Untuk situasi di Sarawak, larangan pergerakan antara daerah adalah masih kekal,”
Selain meneruskan sekatan jalan raya di sempadan daerah, Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan polis.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berikutan keputusan itu, orang ramai masih perlu memohon kebenaran polis untuk pergerakan antara daerah.
Langkah itu diambil untuk meminimumkan pergerakan orang ramai dari kawasan zon merah dan kuning ke zon hijau.
Sumber: Berita Harian