Penggunaan helikopter EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk penghantaran bekalan makanan yang masuk hari ketiga hari ini, berjaya dilaksanakan di dua kawasan pedalaman negeri ini.
- Helikopter pertama yang terbabit dalam operasi hari ini diterbangkan Leftenan Kolonel Vachiral Ratanaphan Ban Teang yang membuat penghantaran ke Long Akah di hulu Baram. Beliau dibantu Kapten Mohd Firdaus Anual dan Kuartermaster Udara, Sarjan Jacy Wharton Astillero.
- Lokasi kedua penghantaran bekalan makanan asas hari ini dilakukan di Long Loyang, juga di hulu Baram. Ia dikendalikan Mejar Frezal Raynol @ Zainal, dibantu pembantu juruterbang, Kapten Syahir Jaafar dan Kuartermaster Udara, PW II Sunerie Sugang.
Operasi penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman di Sarawak dilakukan bagi meringankan beban penduduk yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Harian Metro