Seramai 497 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan 28 tekong darat ditahan manakala 56 pengusiran dilaksanakan di Sarawak menerusi Op Benteng sejak 1 Mei hingga Ahad lalu.
Daripada 497 Pati ditahan itu, 459 adalah warga Indonesia dan selebihnya dari Filipina, Bangladesh, Thailand, India, Vietnam dan Myanmar. Tekong darat pula terdiri daripada lima tekong tempatan dan 23 warga Indonesia.
Sebagai langkah menangani penularan pandemik Covid-19 membabitkan Pati, Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) yang dikoordinasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai agensi peneraju sentiasa meningkatkan kesiagaan kawalan sempadan di Sarawak baik persempadanan maritim mahupun daratan.