“Setakat semalam, 115 kes kemalangan dicatatkan berbanding 304 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas,”
Kadar kemalangan jalan raya di Sarawak mencatatkan penurunan 62.2 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Rabu lepas menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Alexson Naga Chabu.
19 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negeri dalam sehari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac berbanding purata 51 kes sehari bagi tempoh sama tahun lepas.
Sumber: Astro Awani