Perkhidmatan bas berkuasa hidrogen Sarawak pertama akan dijalankan di dua laluan sekitar Kuching mulai Rabu ini bersamaan 22 Januari. Pada masa ini, perkhidmatan ini mempunyai tiga bas berkuasa hidrogen yang dibekalkan oleh Foshan Feichi Automobile Manufacturing Co Ltd dari China dan dikendalikan oleh SEDC.
Ia akan menyediakan perkhidmatan di dalam laluan pusingan (heritage loop) dari pusat bandar 14 km dari Kuching Waterfront ke Central Timur, Jalan Ban Hock, Riverside Majestic Hotel, Kubah Ria dan kawasan warisan kampung Melayu dan perkhidmatan laluan pusingan (Damai loop) 67 km dari Riverside Majestic ke Damai Central.
Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma dan akan dijalankan dari 7 pagi hingga 7 malam setiap hari.
Sumber: The Star