+6019-362 7935 [email protected]

Kerajaan Sarawak menyediakan geran padanan untuk mempromosi sektor pelancongan, dengan jumlah sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi mempertingkat prestasi industri pelancongan di Malaysia.

Melalui peruntukan yang disediakan, Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) bakal melancarkan acara ‘MITA e-Travel Fair 2020’ yang bakal berlangsung pada 15 hingga 30 Mac ini.

Sebanyak 500 pengusaha dari industri pelancongan akan menawarkan pakej diskaun yang menarik. Pelanggan boleh membuat tempahan kepada agensi pelancongan, hotel dan taman tema menggunakan baucar digital yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus.

Seramai 100,000 pelanggan dijangka akan membeli pakej pelancongan domestik oleh ‘MITA e-Travel Fair’ dengan jumlah jualan beranggaran sebanyak RM20 juta.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita