+6019-362 7935 [email protected]

“Persidangan itu akan diadakan mulai 9 pagi di Dewan Mesyuarat, Bangunan DUN Sarawak, Petrajaya. Tiada istiadat pembukaan penggal serta majlis jamuan negeri diadakan pada hari itu (seperti lazim),”

Untuk pengetahuan semua, Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 akan diadakan hanya sehari pada 13 April ini. Langkah mengehadkan persidangan itu diambil berikutan kebimbangan wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara.

Hanya petugas media, ahli pentadbiran termasuk Setiausaha Politik, Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan sahaja yang akan menghadiri persidangan itu.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita