+6019-362 7935 [email protected]

Sarawak mengambil langkah terkehadapan untuk meneruskan pelancongan digital dengan pelancaran Aplikasi dan Portal Pelancongan Sarawak.

Majlis pelancaran itu berlangsung di Imperial Hotel Kuching minggu lepas yang dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan korporat serta media.

“Pedigitilan industri pelancongan berhasrat untuk membolehkan pengalaman perjalanan yang lancar untuk pelancong domestik dan antarabangsa ke Sarawak, yang sesuai dengan Kempen Melawat Negeri Sarawak” – kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 

 

Ia juga akan mempamerkan pelbagai budaya, pengembaraan, alam, makanan dan perayaan Sarawak dalam aplikasi mudah alih dan portal web. Aplikasi ini boleh digunakan sebagai panduan praktikal untuk pelancong, termasuk mendapatkan maklumat mengenai destinasi, tempahan, transaksi dan ulasan tentang tempat yang mereka lawati.

Sumber: TTR Weekly

 

Sarawak Kita