Manok Pansoh atau Ayam masak dalam buluh adalah makanan mesti dan wajib cuba di Sarawak. Ayam yang dipotong, serai dan daun tapioka disumbat ke dalam buluh dan dimasak di atas api terbuka.
Gandingan bahan-bahan yang disumbat di dalam buluh tadi akan menghasilkan sejenis rasa yang begitu enak sekali. Selain itu, masakan ini juga akan menghasilkan ayam tender yang lazat dan berair dengan pengisihan kuah serai dan buluh.
Hidangan ini sangat popular di kalangan komuniti Iban dan Bidayuh. Ayuh cuba dan sampaikan kepada orang negeri lain. Lebih sedap dari ayam ‘sedap hingga menjilat jari’ kan?
Sumber: Sarawak Vacation Destination