“Ramai yang keliru dengan arahan yang dikeluarkan dan beranggapan setiap pelajar perlu mengosongkan tempat kediaman atau asrama. Memang pelajar Sarawak dibenarkan kembali namun kita nasihati agar pergerakan dihadkan buat seketika ini. – Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mahasiswa Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung tidak disarankan untuk balik ke negeri itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Bagi mahasiswa yang tiada tempat kediaman, buat sementara waktu mereka boleh menghubungi wakil pelajar di setiap institusi untuk menjelaskan permasalahan yang dihadapi.
Sumber: Astro Awani