+6019-362 7935 [email protected]

“Sebenarnya ia adalah rutin yang sama setiap hari – bangun, cari berita terkini dan membaca buku, makan… itu sahaja… Sekali-sekala saya akan memandang ke luar tingkap untuk melihat apa yang sedang berlaku, tetapi tidak ada sebarang aktiviti di sana,” – Ivan Yeo Zhi Yu

Ivan Yeo Zhi Yu seorang mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosians China di Wuhan, cuba untuk bertenang dan tidak mahu terlalu memikirkan musibah yang melanda bandar didiaminya itu.

Yeo sentiasa melakukan sesuatu bagi mengisi waktu senggangnya walaupun terpaksa berkurung di dalam bilik asrama sejak sambutan Tahun Baru China lalu. Ia bukan mudah untuk dirinya.

Namun begitu, dia sudah bersedia meninggalkan negara itu bersama rakan satu universiti yang ditaja kerajaan Sarawak, Balachandar Subramaniam, 43, yang berada di sana bersama isteri serta dua anaknya.

Sumber: Malaysia Kini

 

Sarawak Kita