+6019-362 7935 [email protected]

Sejumlah 1,340 kes jenayah komersil yang melibatkan kerugian berjumlah RM120 juta telah direkodkan di Sarawak tahun lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri DSP Maria Rasid berkata walaupun bilangan kes turun sebanyak 25% berbanding 1,777 kes pada 2018, dari segi jumlah kerugian, kenaikan 54% berbanding RM78 juta pada tahun sebelumnya.

Ini diikuti dengan kegiatan pinjaman wang yang sebenarnya tak wujud di mana ia mencatatkan 210 kes melibatkan kerugian sebanyak RM2 juta. Senarai seperti di bawah:

  • Macau Scam (140 kes melibatkan RM13 juta)
  • Cinta Scam (84 kes melibatkan RM4 juta)
  • Penipuan pembelian Internet (71 kes melibatkan RM1 juta)
  • Penipuan pelaburan (64 kes melibatkan RM7 juta)

Harap semua dapat berhati-hati dalam apa jua pelaburan dan skim yang anda sertai.

Sumber: The Sun Daily

 

Sarawak Kita