Menteri-menteri negeri yang dikuarantin itu ialah:
- Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas;
- Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan;
- Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom;
- Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah
- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Abang Johari berkata, sebelum ini Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Sumber: Sinar Harian