+6019-362 7935 [email protected]

Lima orang anak muda, salah seorangnya wanita telah ditangkap kerana memiliki dan menggunakan dadah. Kelima-lima mereka, yang berusia 20-an dan ttidak bekerja, ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Skim Penempatan Semula Setinggan Tudan yang terletak kira-kira 15 km ke utara bandar di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asst Comm Lim Meng Seah, kelima-lima pemuda itu disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 akta yang sama untuk penyalahgunaan dadah.

Ujian darah awal menunjukkan bahawa kelima-lima mempunyai kesan dadah di dalam sistem mereka. Mereka berlima ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.

Sumber: The Star

 

Sarawak Kita