Lebuhraya sepanjang 786.41 kilometer iaitu Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang mula dibina pada Oktober 2015, dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2022 berbanding tarikh asal pada Jun 2021.
Ini berlaku apabila Kementerian Kerja Raya mengambil alih sepenuhnya projek mega itu dari Rakan Pelaksana Projek (PDP), Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd berkuat kuasa pada 20 Februari 2020.
““Ini bermakna projek itu mengalami kelewatan dua bulan selepas tarikh siap perjanjian PDP pada 30 Jun 2021.
Kita akan usahakan projek itu siap pada 2022 dan bagi WPC yang mengalami kelewatan, kita akan cuba bantu mereka supaya menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan,” – Menteri Kerja Raya, Baru Bian
Sumber: Harian Metro