+6019-362 7935 [email protected]

Selepas hampir tiga bulan ditutup, lebih separuh daripada 236 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) berdaftar di Sarawak telah mula beroperasi.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, walaupun belum menerima angka yang tepat, beliau difahamkan sebahagian besar TASKA mengikut arahan kerajaan negeri yang membenarkan mereka beroperasi semula secara rasmi bermula hari ini.

Sebahagian pula akan beroperasi pada 15 Jun ini disebabkan beberapa faktor tertentu.

“Antaranya, mereka memutuskan untuk beroperasi mulai Isnin depan ialah bagi memudahkan mereka mengira yuran. Bagi TASKA yang sudah beroperasi hari ini, saya juga difahamkan ada ibu bapa yang masih belum bersedia menghantar anak mereka ke pusat jagaan dan ia terpulang kepada mereka untuk menentukannya,”

Sarawak Kita