Setakat ini, seramai 7,606 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dari Sarawak di Semenanjung sudah dibawa pulang. Ini termasuklah penuntut IPT yang rata-rata dari Kuching, Bintulu, Miri, dan Sibu juga sudah menjalani ujian saringan kesihatan yang ketat sebelum dibenarkan pulang ke Sarawak.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibbollah, dalam proses pelepasan, penjarakan sosial antara penuntut juga sangat diutamakan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Soal kesihatan dan keselamatan penuntut dan kru penerbangan sememangnya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Kementerian juga ingin menasihati ibu bapa dan penuntut untuk terus mematuhi prosedur yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama dalam mencegah penularan wabak Covid-19 dalam komuniti,”
Orang ramai juga diingatkan supaya terus mematuhi PKPB yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun ini.
Sumber: Harian Metro