+6019-362 7935 [email protected]

Sejak diperkenalkan tahun lalu, sebanyak 16,964 keping daripada 100,903 kad Kenyalang Gold Card (KGC) yang dicetak, sudah diserahkan kepada penerima yang layak.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7,684 keping kad diserahkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak 6,431 manakala 2,849 keping lagi diserahkan menerusi ketua masyarakat.

Sejak diperkenalkan hujung tahun lalu hingga 31 Julai ini, sebanyak 161,761 permohonan untuk mendapatkan kad itu diterima menerusi kaedah manual manakala menerusi kaedah dalam talian yang diperkenalkan sejak Mei lalu pula sebanyak 8,089 permohonan diterima.

Kad itu adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.

Ia meliputi diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambu.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita