+6019-362 7935 [email protected]

Berita baik buat warga Kuching. Daerah Kuching hari ini kini berstatus zon kuning apabila bilangan kes baharu yang dilaporkan adalah kurang daripada 40 dalam tempoh 14 hari lepas.Ia berlaku setelah lebih sebulan dikategorikan sebagai zon merah dalam klasifikasi kes positif koronavirus (Covid-19).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tiada kes positif baharu penyakit itu dilaporkan di seluruh negeri ini bagi mengekalkan sifar kes sejak semalam.

“Enam kes positif Covid-19 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak telah sembuh. Daripada keseluruhan jumlah kes (sebanyak 544 yang direkodkan), 74.45 peratus (405 kes) telah sembuh,” 

 

Sarawak Kita