+6019-362 7935 [email protected]

Siapa yang tak kenal dengan Mee Kampua. Ia sebenarnya makanan istimewa komuniti Foochow. Jadinya, Mee Kampua akan lebih mudah didapati di sekitar bandar-bandar yang didiami oleh komuniti Foochow seperti Sibu.

Selain tu, siapa yang tak pernah makan nasi ayam? Mesti semua pernah. Nasi Ayam memang semestinya sedap dan sangat sesuai dihidangkan dalam apa jua keadaan termasuk majlis-majlis.

Tapi, siapa sangka di Sibu, korang boleh makan dua menu di atas dengan harga yang rendah ni.

Mee Kampua = RM 1.99

Nasi Ayam = RM2.99

Dah macam harga waktu rehat kat kantin sekolah rendah! Tengok gambar bawah ni pun dah tahu berbaloi!

Kat mana nak makan semurah ini?

Apa lagi, jom cuba Mee Kampua dan Nasi Ayam di FENG WANG LAI CAFE di lokasi berikut:

Lot 8055 (G/F), SIBUJAYA,

96000 SIBU (LOT 8055 BLOCK 1 MENYAN LAND DISTRICT)

Dan jangan lupa, boleh cuba Tom Yam Prawn Mee di situ dengan harga RM30

 

Sarawak Kita