“Setakat ini tiada tangkapan dibuat oleh APMM Sarawak,”
Setelah fasa ketiga PKP tamat, komuniti maritim di Sarawak menunjukkan pematuhan 100 peratus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, sepanjang pelaksanaan Op Covid-19 di perairan Sarawak, pihaknya memeriksa sebanyak 1,714 kapal dan bot.
APMM mengatur gerak aset di sepanjang perairan negeri bukan sahaja bertujuan untuk memastikan komuniti maritim mematuhi PKP.
Sumber: Harian Metro