Kompia adalah roti atau bun yang paling terkenal dan menjadi kegemaran di Sibu. Ia juga adalah ikon yang telah menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat Foochow selama berabad-abad. Pada masa kini, ia menjadi salah satu makanan ‘signature’ bagi Sibu.
Roti Kompia juga adalah makanan wajib cuba apabila berada di Sibu, lagi lagi roti segar yang keluar dari ketuhar arang batu seperti yang dilihat di kedai ini. Selepas menyaksikan proses membuat kompia, anda boleh membeli beberapa roti segar.
Kedai ini berada dalam jarak berjalan kaki dari kawasan-kawasan utama di Sibu, dan berhampiran dengan mural di Sibu yang ada di bandar itu. Pengalama ini akan menjadikan saat pelancongan seseorang makin best!
Sumber: Sarawak Tourism