+6019-362 7935 [email protected]

Kebakaran hutan memang selalu terjadi setiap tahun di Australia ketika musim panas. Tapi apa yang terjadi waktu ini sangat sangat menyayat hati. Terutamanya keranan gelombang panas yang mencecah suhu 40° C. Dilaporkan iklim aneh bernama Indian Ocean Dipole (IOD) yang menyebabkan kebakaran hutan.

Dianggarkan juga ada sekitar 480 juta haiwan yang mati disebabkan api dan kebakaran ini. Di antaranya 8,000 ekor koala yang kita sedia maklum populasinya makin berkurang.

Koala menjadi spesies paling banyak terjejas kerana mereka bergerak lambat dan hidup di antara hutan yang terbakar sejak September tahun lalu. Pada Disember 2019, dinyatakan bahawa koala serta marsupial asli mengalami dehidrasi, luka parah akibat kebakaran dan hangus hingga mati akibat bencana tersebut.

Sumber: National Geographic Indonesia

 

Sarawak Kita