+6019-362 7935 admin@sarawakkita.com.my

Kluster Sentosa kekal dengan catatan tertinggi 31 kes setakat ini, manakala sebanyak 10 kluster masih kekal aktif di Sarawak melibatkan 70 kes.

Tujuh kes di daerah Kuching dan satu kes di Lundu telah dilaporkan pulih dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Jumlah kes pulih dan discaj setakat ini meningkat kepada 652 kes atau 95.74 peratus. Sebanyak 10 kes masih menerima rawatan dalam wad isolasi dan jumlah kematian setakat ini kekal 19 kes atau 2.79 peratus.

Enam kes individu bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dengan satu kes masih menunggu ujian makmal.

Sumber: Awani

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!