Dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa satu kluster baharu iaitu Kluster Sentosa dikesan di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Kes pertama kluster ini membabitkan kes ke-8,773 iaitu seorang petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai lalu dan dikesan positif Covid-19 pada 19 Julai.
Siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dijalankan. Sehingga 12 tengah hari 21 Julai, seramai 61 individu disaring terdiri daripada lima kes positif Covid-19 dan 56 lagi negatif.
Ini menjadikan kluster ini mempunyai enam kes iaitu lima petugas kesihatan dan satu pekerja syarikat pembersihan.
Sumber: Harian Metro