+6019-362 7935 [email protected]

73 peratus jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak disumbangkan oleh empat kluster utama. Empat kluster terbabit ialah:

  1. Gereja Good News Fellowship (GNF) Conference
  2. Kluster tabligh
  3. Kluster Itali
  4. Kluster pekerja Healthcare.

Setakat ini, kluster GNF mencatat jumlah tertinggi dengan 117 kes positif manakala kluster tabligh sebanyak 92 kes, kluster Itali (50 kes) dan kluster pekerja Healthcare (13 kes).

Sebanyak 46 kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan negeri menentukan sama ada kes-kes itu adalah dalam bentuk kluster atau berasingan.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita