“Menteri Pendidikan mestilah mengutamakan keperluan dan kemudahan sekolah di negeri ini, terutamanya menangani masalah kekurangan guru. Kami menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Sarawak kerana sentiasa memantau mengenai masalah kekurangan guru di negeri ini,” – Macky Joseph, Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU)
Gesaan ini adalah daripada Kesatuan Guru Sarawak (STU) kepada Kementerian Pendidikan yang kini diterajui Dr Mohd Radzi Md Jidin agar mengkaji keperluan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik untuk sekolah di Sarawak.
Mereka juga sarankan agar menteri kerap mengadakan lawatan kerja ke Sarawak supaya isu berbangkit dapat ditangani dengan berkesan.
Sumber: Berita Harian