Penyakit mental berada pada tahap yang membimbangkan di Sarawak, dengan 16,216 pesakit yang direkodkan tahun lepas. Pengarah Hospital Sentosa, Dr Rosliwati Mohd Yusop berkata hospital itu mencatatkan sejumlah 954 pesakit mental dengan 338 sedang dirawat.
“Kes baru menunjukkan peningkatan 441 pesakit tahun lalu berbanding 346 pesakit pada 2018,” – Dr Rosliwati
Beliau berkata mereka yang berisiko mengalami penyakit mental berusia 30-an dan 50-an. Terdapat banyak faktor, katanya, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental termasuk faktor persekitaran, beban kerja, keadaan kerja, tekanan dan rakan-rakan.
Sumber: NST