+6019-362 7935 [email protected]

Pada tahun 2019, Pengerusi Unit Integriti dan Ombudsman, Adana Jed mendedahkan sejumlah 1,101 tangkapan membabitkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak 894 kes.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat awam Sarawak dikesan meningkat tahun lalu, sekali gus menyebabkan pendapatan kerajaan negeri terjejas.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip mengatakan bahawa hal ini dikesan terutama dalam kegiatan pembalakan haram, kemasukan pendatang asing tanpa izin dan penyeludupan barangan.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita