+6019-362 7935 [email protected]

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula 18 Mac 2020, ia memberi kesan apabila kes positif wabak Covid-19 di Sarawak semakin stabil.

Kes positif wabak itu agak tinggi iaitu 10 kes pada 21 Mac tetapi selepas itu jumlah kes positif menurun kepada lapan kes pada 22 Mac kemudian enam kes pada 23 Mac. Pada 24 Mac jumlah kes positif terus menurun kepada lima kes dan kemudian empat kes pada 25 Mac seterusnya kekal dengan empat kes.

“Ini bermakna jumlah jangkitan positif Covid-19 kini menunjukkan trend stabil dalam tempoh sembilan hari PKP dan jika orang ramai terus mematuhi arahan, kemungkinan selepas 14 hari PKP pertama ini, jumlah jangkitan akan terus menurun.

“Objektif kita ialah mencatatkan jumlah sifar bagi kes positif Covid-19 pada hari seterusnya,”  – Ketua Menteri Sarawak

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita