“Salah satu sebabnya adalah pesakit datang lewat mendapatkan rawatan dan Presiden Amerika Syarikat sebelum ini ada menyebut tentang Hydroxychloroquine. Bahan ini hanya boleh digunakan bagi tahap pengesanan awal jadi inilah puncanya kita menggesa orang awam untuk tampil lebih awal,”
Antara penyebab bilangan kes positif COVID-19 meningkat di Sarawak adalah kerana lewat mendapatkan rawatan di pusat perubatan.
Malah ada dalam kalangan individu ini hanya tampil mendapatkan rawatan ketika keadaan sudah merosot dan kritikal. Demikian kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang menyeru agar masyarakat di negeri itu untuk segera tampil menjalankan saringan sekiranya memiliki sebarang simptom COVID-19.
Sumber: Astro Awani
Sehingga Jumaat, Sarawak mencatatkan 397 kes positif termasuk 10 kes baharu.