Puncak Gunung Murud setinggi 7950 kaki adalah gunung tertinggi di Sarawak. Pendakian boleh dilakukan sama ada di Gunung Murud (berbaloi dan sesuai) atau Batu Lawi yang terkenal setinggj 2,043m serta dikira tahap sangat sukar yang terletak di kawasan Kelabit Highlands.
Walau bagaimanapun, ini adalah ekspedisi yang perlu dipandang serius dan panduan dari pengiring pakar perlu disewa di Bario atau Bakelalan. Untuk Batu Lawi, peralatan dan pengalaman mendaki gunung juga perlu.
Perlu diingatkan bahawa Gunung Murud adalah Gunung Suci, minuman beralkohol dan merokok adalah dilarang.
Sumber: Sarawak Tourism