“Kerajaan negeri ingin memaklumkan kesediaan membawa pulang mahasiswa-mahasiswi Selangor yang menuntut di universiti di Sabah dan Sarawak susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini. Selain itu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan itu juga, segala urusan kerajaan negeri akan diteruskan secara dalam talian.” – Menteri Besar Selangor
Kerajaan Selangor bersedia membawa pulang penuntut dari negeri itu yang menuntut di universiti di Sabah dan Sarawak.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia susulan arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar semua mahasiswa mengosongkan universiti masing-masing selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula tengah malam tadi.
Sumber: Harian Metro