“Pendidikan adalah penting dan kami (kerajaan Sarawak) akan menyokong sekolah vernakular Cina. Saya memberi jaminan akan terus mengiktiraf UEC kerana ia juga diiktiraf oleh universiti antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, China dan Singapura,” – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg
Kerajaan Sarawak akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia memberi manfaat kepada anak Sarawak. Ia kerana sijil itu boleh menjadi pintu masuk untuk anak Sarawak melanjutkan pelajaran ke universiti antarabangsa seperti di China, Amerika Syarikat dan Singapura.
Keputusan kerajaan Sarawak mengiktiraf UEC juga akan memberi manfaat kepada seluruh anak Sarawak kerana terdapat ramai pelajar Bumiputera termasuk Melayu yang belajar di sekolah vernakular Cina.
Sumber: Berita Harian