+6019-362 7935 [email protected]

“Penyakit koronavirus tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China…Kita terpaksa buat membuat keputusan sama seperti di tempat lain untuk tidak benarkan mereka datang ke Sarawak ketika ini,”- Datuk Patinggi Abang Johari, Ketua Menteri Sarawak

Keputusan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuat kuasa serta-merta bagi mengekang penularan wabak koronavirus.

Sebanyak lapan kes disyaki koronavirus dikesan di Sarawak setakat ini, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih menunggu laporan ujian makmal.

Sumber: Sinar Harian

 

Sarawak Kita