+6019-362 7935 [email protected]

Beberapa aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi di Sarawak. Ia adalah aktiviti berkaitan pembalakan, industri perkilangan papan lapis dan kayu gergaji serta perladangan hutan dibenarkan beroperasi di Sarawak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Hamden Mohammad berkata, kebenaran itu tertakluk kepada penggunaan tenaga kerja yang minimum dan mematuhi ketetapan serta syarat-syarat yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak.

“Mereka juga dikehendaki mengambil langkah-langkah pengawalan yang ketat bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” 

Selain itu, kebenaran juga diberikan kepada kenderaan mengangkut balak ke kilang yang diluluskan beroperasi oleh kerajaan termasuk di kawasan Samalaju dan Samajaya. Removal Pass (RP) akan dikeluarkan kepada muatan berkenaan oleh JHS, bagaimanapun pemandu terbabit mesti mendapatkan permit khas dari Jawatankuasa Bencana Peringkat Bahagian (Pejabat Residen) yang berdekatan.

Sumber: Harian Metro

 

 

Sarawak Kita