“Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mengambil keputusan untuk mempergiatkan promosi pelancongan domestik. Ini adalah antara langkah yang kita ambil bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk,” – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Dilaporkan bahawa jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak merudum susulan penularan Covid-19 termasuk sekatan kemasukan warga dari negara terjejas wabak itu.
Sepanjang Februari tahun ini jumlah kedatangan pelancong turun 7.2 peratus bersamaan 311,168 orang berbanding 336,488 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Sehubungan itu melaksanakan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperkenalkan strategi bagi memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.
Sumber: Harian Metro