Kemasukan pelajar mungkin akan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi universiti awam (UA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober depan,
Penangguhan itu mungkin dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua negeri terbabit. Beberapa minggu lalu, dimaklumkan kes COVID-19 di Sarawak agak tinggi dan pihak KPT ambil keputusan untuk menunda tarikh kemasukan pelajar UA di negeri itu.
Kemungkinan penundaan tarikh kemasukan pelajar di Kedah merangkumi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Sarawak.