Bagi semua negeri, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah terpakai kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri.
Bagi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
“Negeri-negeri lain kecuali Sarawak sudah tidak ada akta kawalan penyakit berjangkit maka rujukan untuk negeri-negeri berkenaan adalah satu akta sahaja iaitu Akta 342.”
Sumber: Sinar Harian