Kebenaran solat Jumaat termasuk solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau belum lagi dibenarkan di Sarawak.
Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas perbincangan Lembaga Fatwa Negeri dan Majlis Islam Sarawak (MIS). Selain itu, pekeliling mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Setakat ini, belum ada keputusan dan kita masih menguatkuasakan pekeliling terdahulu. MIS dalam notis penutupan sementara memaklumkan masjid dan surau di Sarawak kekal ditutup kepada awam ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”
Mengikut notis MIS yang dikeluarkan, semua aktiviti termasuk solat Jumaat, solat lima waktu dan solat sunat tarawih berjemaah tidak dibenarkan mulai 13 Mei sehingga satu kenyataan rasmi yang baharu dikeluarkan.
Sumber: Berita Harian