Untuk mengekang penularan COVID-19, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan antara daerah terutama di Kuching.
Jumlah penerbangan masuk dan keluar dari Sarawak serta tempoh operasi perniagaan juga akan dikurangkan. JPBN negeri akan mengumumkan strategi berkenaan dengan lebih terperinci selepas ia diperhalusi, dalam masa terdekat.
Sebuah Mesyuarat khas JPBN yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengambil maklum perkembangan terkini jumlah kes positif COVID-19 di Kuching dan Samarahan. Justeru, beberapa tindakan segera harus diambil sebagai langkah mengawal penularan COVID-19 di Sarawak.
Sumber: Berita Harian