Satu perkarangan kampus UNIMAS iaitu perkarangan Kampus Bandar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ditransformasi menjadi pusat saringan pandu lalu pengambilan sampel COVID-19.
Ia beroperasi setiap hari bermula 8 pagi sehingga 4 petang ia berupaya untuk memproses lebih 500 sampel sehari. Sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 akan dihubungi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ke pusat saringan berkenaan.
Di sana mereka akan memandu melalui kaunter ujian sapu yang disediakan di hadapan kampus.
“Proses saringan ini adalah secara contact passing, yang dilakukan oleh Inspektor Kesihatan KKM. Mereka akan berhubung dengan kontak rapat pesakit COVID-19 sebelum arahan dikeluarkan kepada mereka untuk pergi ke pusat saringan tersebut unuk diambil sampel,”
Sumber: Astro Awani