+6019-362 7935 [email protected]

Jumlah kematian akibat COVID19 di negara kita terus meningkat kepada 23 orang, setakat hari ini.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID19.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara

 

Sarawak Kita