Salah satu usaha menggalakkan usahawan luar bandar mendaftarkan perniagaan, kerajaan negeri Sarawak menganjurkan program ‘Jum Regista Bisnes’.
‘Jum Regista Bisnes’ membolehkan senarai nama golongan ini tidak tercicir daripada menerima bantuan daripada kerajaan negeri atau Persekutuan.
Selain itu, nisiatif ini juga bagi memastikan usahawan yang terjejas akibat COVID-19 dapat memulihkan semula perniagaan mereka. Program ini turut menawarkan pakej bantuan khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).