+6019-362 7935 [email protected]

Saringan di lapangan terbang akan diperketatkan semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia jika Malaysia Airlines memulakan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak bermula minggu ini. Pihak KKM melihat kaedah paling berkesan supaya jangkitan Covid-19 tidak menular adalah melakukan saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi.

“Apa yang penting kita lihat saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi pastikan ada saringan lagi. Saringan boleh dijalankan menerusi pengimbas haba yang berfungsi 50 peratus,”

Mereka yang demam tidak digalakkan untuk menaiki pesawat sebagai langkah pencegahan yang serius. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan Malaysia Airlines akan memulakan kembali penerbangan dengan kekerapan seminggu sekali ke dan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita